Thursday 16 January 2014

Cara-cara Mandi Wajib atau Junub yang Sah

Assalamualaikum w.b.t...., 

Disini ada serba sedikit info untuk menambah lagi pengetahuan kita sebagai umat ISLAM tentang mandi wajib atau junub yang sah.


Mandi wajib ini perlu dipandang serius kerana ini bukanlah sesuatu perkara yang patut dipandang remeh. Mandi wajib yang sah sering menjadi persoalan dalam kalangan umat Islam terutama remaja yang baru baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar air mani, wanita yang keluar darah nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya. 

Mandi wajib yang betul perlu tahu bagi setiap umat Islam. Walaupun kita sudah belajar mengenai mandi wajib ini tetapi ada kalanya kita masih was-was sama ada betul ke tidak mandi wajib yang kita lakukan. Semoga perkongsian ini memberi seribu manfaat kepada anda 

Sebab Perlu Mandi Wajib
Setiap apa yang terjadi mesti ada sebabnya. Begitu juga dengan mandi wajib ini, mandi wajib bukanlah kena buat selalu tetapi ada sebab yang memaksa kita untuk melakukannya.

  • Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
  • Keluar mani walaupun sedikit.
  • Mati melainkan mati syahid.
  • Keluar haid bagi perempuan.
  • Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
  • Wiladah atau melahirkan anak. 

Rukun Mandi Wajib
Terdapat tiga mandi wajib. Cukup tiga rukun ini mandi wajib anda sah  

  • Niat
  • Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
  • Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Jenis Niat Mandi Wajib
1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas 

“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri 
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.
3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas 
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.
Bahasa Arab

Sunat Ketika Mandi Wajib 
Sunat adalah perkara yang dituntut. Jika anda melakukannya anda mendapat pahala. Tetapi jika anda tidak melakukannya anda tidak mendapat apa-apa. 

  • mengadap kiblat
  • membaca basmalah
  • membasuh dua tapak tangan
  • mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
  • menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
  • berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
  • tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
  • membasuh sebanyak tiga kali

Cara-cara Mandi Wajib 
Cara mandi wajib ini sepatutnya anda memberi sedikit tumpuan agar akan memudahkan anda untuk fahamJadi fokus jangan tak fokus.

  • Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.
  • Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
  • Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
  • Niat dahulu sebelum mandi. Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
  • Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
  • Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
  • Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
  • Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki. 
Semoga info ini memberi manfaat kepada semua....
Terima Kasih...

(Credit to:AdibSite)

Walit Ginseng Dan Walit Stevia...DNA Global


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera semua...

Disini saya nak kongsi sedikit maklumat tentang minuman kesihatan yang sememangnya berkhasiat dan berkesan....
Ramai yang telah mencuba termasuk diri saya sendiri dan ianya sangat bagus dan berkesan.... 
Bagi saudara-saudari yang belum mengetahui tentang minuman kesihatan ini, di bawah ada sedikit maklumat tentang minuman kesihatan ini....

Walit Ginseng dan Walit Stevia - Jus Kesihatan Terbaik
perlu dicuba bagi mereka yang mencari jalan penyelesaian kepada penyakit yang dialami ketika ini dan sudah lama mencari penawar dan penyembuh....

Jangan putus asa... Jus Walit mungkin 
memberi anda harapan baru untuk penyakit yang anda alami:

Khasiat Sarang Burung Walit

Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung walit menjadikannya agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga menjadi agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:

- Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walet dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.

- Sarang burung walet dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga adalah nutrisi yang bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.

- Pengambilan sarang burung walet ketika kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.

- Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.

- Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.

- Untuk kanak-kanak, sarang burung berkenaan dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru.

- Dipilih sebagai makanan yang amat baik kepada para perokok selain dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan barah.


KHASIAT GINSENG..

*Memperlahankan proses penuaan pada kulit agar muda remaja.
*Meningkatkan pengeluaran sel darah merah.
*Meningkatkan stamina dan ketahanan.
*Mencegah terkencing semasa tidur.
*Memulihkan masalah jantung.
*Berkhasiat untuk menghindari penyakit kanser.
*Menghindari penyakit kencing manis.
*Mengatasi penyakit rematik.
*Mengatasi rasa tegang dan stres berlebihan.
*Meredakan situasi menopause.
*Melegakan keletihan dengan segera.
*Membuatkan sentiasa merasa cergas.
*Meningkatkan fungsi paru-paru.
*Penyembuhan penyakit 'dingin seks'.
*Mengaktifkan sel saraf.



KHASIAT STEVIA...

*Mengimbangi kandungan gula dalam badan.
*Menurunkan kadar gula yang terdapat di dalam darah sesuai untuk pesakit
diabetes dan hypoglycemia.
*Melawaskan pembuangan air kencing.
*Meningkatkan kadar tenaga di dalam tubuh badan.
*Melicinkan dan memutihkan kulit serta awet muda.
*Membantu sistem penghadaman makanan.
*Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.
*Berupaya mengawal berat badan (Obesiti).
*Mengurangkan masalah keradangan.






Di samping dapat membantu kita mendapatkan kesihatan yang baik, Jus walit ini juga mampu mengubah hidup kita dan seisi keluarga. InsyaAllah dengan izin Allah S.W.T dan usaha kita, pasti ada penyelesaiannya....
Jadi, untuk mendapatkan produk ini atau inginkan keterangan lanjut, bolehlah saudara-saudari sekalian menghubungi @ mesej ke nombor telefon ini:-


ENCIK MD. ZAHRI BIN NOH -  019-4922973  (9.00 a.m to 9.00 p.m)